|
1.
|
Pengenalan
|
2.
|
Objektif kajian
|
3.
|
Definisi gotong-royong
|
4.
|
Kepentingan
gotong-royong bagi mengeratkan hubungan silaturahim
|
5.
|
Contoh aktiviti gotong-royong yang mengeratkan hubungan
silaturahim
|
6.
|
Kepentingan
gotong-royong
|
7.
|
Kesilapan masa kini
|
8.
|
Langkah-langkah wajar
|
9.
|
Kesan mengabaikan amalan
gotong royong
|
10.
|
Kesimpulan
|
11.
|
Lampiran
|
PENDAHULUAN
Sejak
dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai
sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas
kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah
satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia dan
terus menerus dijadikan amalan dalam masyarakat.
Sikap
gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat pedesaan dan merupakan
kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat
berperan sekali untuk memperlancar pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan
masyarakat. Kegiatan gotong royong yang hidup, tumbuh dan berkembang dalam
kehidupan masyarakat desa selama ini, perlu diarahkan dan dibina sedemikian
rupa sehingga dapat menunjang pembangunan yang sedang dilaksanakan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Memberi
kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2. Mengenalpasti
masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3. Menerapkan
semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim
MAKSUD GOTONG ROYONG
Gotong royong dapat
diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang ditakukan oleh anggota
masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan
maupun masalah dengan sukarela tanpa adanya imbalan.
Gotong royong juga
sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai,
menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong.
Dalam firmanya,
… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan
dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan
bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (QS.
Al Maidah : 2)
Semangat
gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam
hal ini Rasulallah SAW.
Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan
Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:
لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه
ما يحب لنفسه
“Tidak beriman salah
seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai
dirinya sendiri”.
CONTOH AKTIVITI
GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM
-Menjemput
jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan di rumah.
-Membuat
sesuatu program seperti senam robik di kawasan perumahan anda.
-Hadir
beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang korban semasa hari raya
aidiladha.
-
membersihkan masjid dan surau di kawasan perumahan/ institut pengajian beramai-ramai di samping dapat kenal lebih
rapat.
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di
Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu
aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui
semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,
mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang
sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara
mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif
gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk
dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi
gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah
Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang
kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika
dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Untuk menjana kegiatan
gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika
ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan
kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.
KESILAPAN MASA KINI
Setelah puluhan tahun
berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat
masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap
menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka
tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula
mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada
kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini.
Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang
terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui
nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
LANGKAH – LANGKAH WAJAR
Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita
harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak
di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni
bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak
kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar
keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya
dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
Sekolah sebagai rumah
kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam
aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan
Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya
bertindak sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih
matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara
yang lebih meyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak
lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong
kembali.
Ceramah, forum, dan
kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu
inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang
ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat
membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17
hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip
plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan
sukarela ini patut diberi pujian.
KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
>>Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat
yang berbilang kaum.
>>Ikatan
silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga akan semakin
terhapus
>>Silaturrahim
yang ingin dipupuk akan semakin terhakis dengan perlahan-lahan.
>>Masyarakat akan menjadi tidak selesa
dan tidak tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti
bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu
kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita
akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga
akan menjadi lebih kukuh.
Akhir sekali,
jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai
aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara
kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku
sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya
kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.
SEKIAN TERIMA KASIH
LAMPIRAN
(a)Menggambarkan ikatan silaturrahim yang kukuh
(b)Kerjasama menyiang daging untuk kenduri
(c)Gotong royong membersihkan taman permainan
(d)Aktiviti membersihkan kawasan
perumahan
(e)Gotong royong memasak bagi sambutan maulidur rasul
RUJUKAN
· ttps://ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
· buku
penyiaran islam
RUJUKAN
· ttps://ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
· buku
penyiaran islam